ikan cencaru sumbat bunga kantan





resepi diambil dari http://mamawandiha.blogspot.com

Resepi :  Singgahsana Kitchen@Seleraputeri
Sumber : CT Zaliedana@Ummiesya

Bahan2:-

Bhn A:-
1 sudu besar Cili Kisar
4 biji Cili Merah*
4 biji Cili Padi*
3 biji bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
2 cm Belacan Bakar*
1 sudu besar Kelapa parut * resepi asal 5 sudu besar (Bhn bertanda* dikisar/tumbuk halus)
Beberapa ekor ikan Cencaru @ ape2 ikan yg sesuai utk dibelah belakang..
Air Asam Jawa secukupnya
1 sudu besar Sos Tiram
1 kuntum Bunga Kantan(Dihiris Halus)
1 biji Bawang Besar(Dihiris Nipis)
Daun Ketumbar@ pon Daun Bawang (Utk ditabur diatas ikan)
Garam n Gula Secukupnya.
Minyak Bijan

Cara2
Tumis bhn bertanda* & cili kisar hingga naik bau dan garing.  Masukkan bawang besar, bunga kantan, air asam jawa dan sos tiram.  Masukkan juga gula dan garam  secukup rasa.  Siap..

Ambil ikan yg siap dibelah belakang, sumbat sesudu@ lebih sambal, pastu gorengkan ikan dgn api sederhana sehingga ikan garing dan masak..

Lebihan sambal dicampur sedikit air dan msk kejab lagi diatas api,  selepas itu boleh lah dituang keatas ikan yg siap digoreng tadi.  Taburkan Daun bawang@Daun ketumbar ketika menghidang.

Mine - campur hirisan daun kunyit dan tomato... tak ada daun bawang and ketumabr...


No comments:

Post a Comment