gambar: carian di google
Pernahkah kita berasa kecil hati dengan perbuatan dan perkataan yang terluah dari ibu bapa kita? Rasanya semua orang pernah berperasaan begitu walau pun hanya ada sekecil anak kuman di sudut hati. Kalau di ikutkan emosi rasa seperti mahu membantah setiap kata tersebut atau pun memberontak dengan pelbagai cara. Kita akan rasa seperti tidak adil di perlakukan begitu...
Tapi cubalah fikirkan.. sekali kita terasa hati dengan ibu bapa kita, berapa ratus kali yang mereka berkecil hati dengan perangai, perbuatan, perkataan kita dan entah apa apa lagi semenjak kita kecil? Perasan atau tidak? Sesetengah orang perasan tetapi tetap akan mengatakan itu tanggungjawab ibu bapa membesarkan kita dan harus berhadapan dengan pekara ini. Kalau ini yang kita fikirkan, generasi kita di masa hadapan akan memperkatakan perkara yang serupa terhadap kita sebagai ibubapa.
Jadi, kalau baru sekali kita terasa hati dengan apa yang di perkatakan oleh ibubapa kita. Diamkan sahaja. Fikirkan rasional di sebalik kata kata dan perbuatan yang menyakitkan hati tersebut. Fikirkan, selama ini kita telah terlalu kerap menyakitkan hati mereka tanpa kita sengaja atau dengan sengaja tapi adakah mereka membalasnya?
Fikir fikirkan...
No comments:
Post a Comment