at the age of 65

jika andai sampai ke usia ini.. adakah anda mahu mensia-siakannya ..
tanpa arah meninggalkan setiap waktu solat.. subuh, zohor, asar, maghrib , isyak hanya kerana mengejar dan menunggu dunia yang tidak pasti..
membiarkan masa berlalu hanya kerana sejumlah duit..tanpa membaca al quran, tanpa menghadiri majlis majlis ilmu..
ruginya hayat panjang yang tersia sia begitu sahaja..

tidak bimbangkah .. andai kita tidur malam ini dan tidak bangun lagi esoknya..
tidak sempat merasai Ramadhan yang bakal hadir lagi dalam sesingkat masa cuma..

aaggghhh aku pun kerugian masa juga sebab selalu sangat beralasan.. hingga tatkala ini .. culas dan cuai dengan tuntutan agama...

The other half

the other half..? in this subject not my hubby..
it is meant for a part of my body.
Seperti contoh.. tangan kanan dan tangan kiri.. Kaki kanan dan kaki kiri..
Bila salah satu bahagian tersebut sakit.. buat masa ini yang sakit adalah tangan kiri.. iaitu joint di bahu, di siku, di pergelangan tangan, di jari jemari. Hidup rasa tempang.. dan susah untuk melakukan apa apa aktiviti... seperti solat, menaip, makan, menyikat rambut, memakai baju, memakai tudung.. pergerakan semua menjadi perlahan dan lambat.
Sepertinya aku tidak sakit apa apa tapi.. itulah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Sampai untuk makan dan memakai baju pun encik suami perlu membantu.. THANKS sayang

Masa admitted tempohari lagi teruk.. sakit all joint kaki kiri dan tangan kanan... rasa patah dan jem semua pergerakan.
tapi ada juga yang masih kata aku buat buat sakit... kata lah apa apa pun.. sebab yang sakit bukan korang.. tapi diri aku sendiri.

Isnin, isnin adalah hari yang selalu aku cuti kecemasan atau cuti sakit... Ada juga yang cakap aku sengaja tak datang hari isnin.. mmmmm speechless.. again.. kata lah apa korang nak kata.. aku tetap aku.. hidup aku dan perjalanannya cuma Allah sahaja yang tahu segalanya..

35 years old



happy birthday sayang... moga liku liku dan jalan berduri yang kita lalui bersama menjadikan diri kita sentiasa dekat dengan Ilahi.. love you alwiz..

trilogi cinta quote

salah di mata kalau tak nampak
salah tafsiran kalau tak dinilai



just think about it..

Jiwa Kacau

Tekanan..
Tekanan demi tekanan
Kiri kanan.. atas bawah.. depan belakang
dan pelbagai sudut..
kekadang menjadikan jiwa aku kacau... rusuh .. gelisah dan serabut

tapi tekanan demi tekanan menjadikan aku semakin tabah dan kuat dengan apa jua masalah yang dihadapi
menjadikan aku lebih dekat dengan Ilahi.. kerana itu sajalah tempat mengadu yang ada
tempat merintih dan berserah segalanya kepadaNYA selepas berusaha sebaik mungkin.

again .. God knows everything inside the deep of my heart... and Allah knows everything that we unsure or everything that will occur in the future..

there must be a reason for everything that Allah create for us..

Keras Hati



Aku? Nampak mcm lembut, manja dan pendiam.
Tapi kalau hati dah keras..boleh jadi sekeras kerasnya dan sukar untuk dilembutkan..

Mungkin turun dari Abah... sebab mak kata Abah orangnya keras hati. Masa merajuk dengan keluarganya zaman dolu dolu abah tak balik kampung dalam tempoh masa yang lama.

Namun, sekeras keras hati ini, aku rasa kadang kadang terpaksa juga terima segalanya yang berlaku dalam kehidupan ini.
Bukan di pinta, tapi kadang rancangan yang direncanakan, terencana bukan seperti ikut aturan kita sebagai hamba Allah.

Food Network Asia

http://www.foodnetworkasia.com/

Jika anda subcribe HD dari Astro.. jgn lepaskan peluang untuk menonton Channel 706 Food Network Asia (siang sahaja).
Kalau malam channel akan bertukar kepada Life Inspired.



Rahsia...

Di hati tak siapa tahu.. (except Allah)

Membaca Al Quran

Source - Indahnya Hidup Bersyariat, Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

Analogi tingkatan pembacaan Al Quran setiap malam... Di manakah tingkatan kita....?


Aku? Selalunya antara nombor 4 dan 5. Tapi kadangkala terjurumus juga dalam nombor 6.. Nombor 3 biasanya pada bulan Ramadhan sahaja mampu terlaksana..

Ahhh.. banyak sangat alasan sebab tu aku masih tak sampai sampai ke puncak..

Sedekah

Mak : dik, minggu lepas mak tanya ustazah
Aku: Tanya pasal apa mak?
Mak : kalau orang tu susah tapi tak solat, mcm dengan sedekah yang kita bagi
Aku: Bis tu
Mak : Sembahyang atau tidak itu adalah perkiraan antara dia dan Allah. Tapi sedekah kita tetap dapat pahala dan ganjarannya..

Membaca Al-Quran

Source - Indahnya Hidup Bersyariat - Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf dariapda al-Quran: Menurut Ibnu Majah- digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi- digandakan sebanyak 700 kali
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan baalsan sebatang pokok di syurga
4. Mengikut ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan kedalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampun dosa mereka
11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu
13. Membaca secara tadarus (bergilir gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat
14. Pembaca yang mahir dan baik diutamaakn menjadi imam solat
15. Seutama utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar, dan meghayati ajaran al-Quran
16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
17. Mempelajari dan membaca mendapat kebrkatan dan keharmonian hidup
18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti
19. Pembaca akan dilindungin daripada godaan syaitan

Masa yang diutamakan membaca Al QURAN

i) Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama
ii) Antara Maghrib dan Isyak
iii) Sesudah solat Subuh

yang tersurat, yang tersirat

Sebelum menghukum seseorang, adililah sebaik mungkin. Jangan mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja walaupun datang dari seorang ibu. Carilah yang tersurat dan yang tersirat disebaliknya. Jangan terus membuat andaian itu dan ini, begitu dan begini. Tolonglah jangan suka menuding jari ke arah sesiapa. Cari apa yang silap dalam diri sendiri, apa yang silap dalam keluarga kita sendiri..

Janganlah nak masuk dalam rumahtangga orang lain tanpa usul dan periksa.
Kalau bercakap janganlah suka menongkah langit, bercakap besar seolah dunia kita yang cipta.

Kalau setakat balik ke kampung halaman setahun dua tiga kali, janganlah angkuh mengatakan sudah tahu semua hal yang berlaku. Kalau tidak tahu apa yang berlaku selidiklah dengan bertanya pada semua orang... Carilah apa yang tersurat dan tersirat disebalik semua pekara yang berlaku. Carilah kebenaran .. bukan sekadar pandai menghantar sms menghentam semborono sebelah pihak.

Kata orang .. cuba letak diri kita di dalam kasut seseorang yang kita tuduh sembarangan itu. Baru tahu langit itu tinggi atau rendahnya..

Berat mata memandang...

berat lagi bahu yang memikul..