Luahan rasa ke post kali ini?
Aku rasa tidak .. sebenarnya ini ada pengalaman hidup dan pengajaran berharga buat aku dan suami.. Masa kami susah... tak berduit, kami tidak pernah meminjam dengan orang lain (kecuali dengan bank). Belum juga sampai menggadai emas yang ada. Sekadar mengeluarkan simpanan yang ada sahaja untuk meniti hari hari yang berliku. Tidak meminjam dengan emak dan bapa, tidak juga dengan saudara mara apatah lagi dengan kawan kawan terdekat atau jauh. Semuanya kami harungi sendiri bersama. Walaupun begitu ketiadaan wang ini kadang kadang menjadikan kesabaran kami berada di tahap minima, tapi tidaklah pula bermasam muka dan bergaduh. Segalanya dihadapi dengan tabah, menyembunyikan kesusahan hidup antara kami sahaja.
Hari ini dan pada masa ini kami tidaklah mempunyai banyak duit tetapi rezeki tidaklah pernah putus setakat ini .. mungkin keberkatan hidup menjaga sara hidup kedua ibu bapa (mak n abah, juga mil). Juga mungkin dengan keberkatan membaca surah Al Waqiah sentiasa .. walaupun kadang kala terlepas juga membacanya kerana kesuntukan masa (atau sebenarnya masa yang tidak diatur dengan sempurna). Juga dengan solat sunat Dhuha yang menjadi amalan..
Ceritanya? Kerana pernah merasa susah kami menjadi terlebih baik dengan seorang kawan suami aku. Mereka ini hidupnya terlalu susah dengan anak anak dan menumpang hidup dirumah emak mentua. Oleh kerana sudah membina hubungan yang terlalu baik maka aku dan suami selalu memberi bantuan pinjaman dari segi kewangan (sehingga sekarang masih belum berbayar dengan sempurna). Malah aku pun turut membantu mereka. Syawal tempohari adalah yang terkini kami memberi pinjam bantuan kewangan untuk mereka menyambut raya. Itu yang terakhir dan ianya menjadi yang terakhir .. kerana apa yea? Sebab mereka telah mengkhianati suami dalam satu pekara yang melibatkan wang dan kami merasa sangat 'upset' dan 'down'. Terkilan kerana kebaikan yang kami beri dibalas dengan pengkhianatan sedemikian rupa.
Maka, aku dan suami bercadang untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada mereka walaupun mereka susah sehingga tidak makan.. pedulikan sahaja.. kami berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba .. aku insaf dari tidak lagi membuat baik sebarangan apatah lagi melibatkan wang. Kejamkan aku? Rasanya tidak.. dari aku memberi bantuan kewangan kepada mereka lebih baik aku bersedekah untuk mereka yang lebih memerlukan... Tidak mengenang budi.
Tapi aku percaya.. segalanya pasti akan berbalas.. Segalanya ada hikmah yang tersurat dan tersirat.
Allah Maha Adil.. itu yang pasti.
Update - terkini segalanya terbukti... yang salah pasti akan dapat balasan dan pengajaran... Moga mereka belajar dari pengalaman dan kesilapan.
Update - terkini segalanya terbukti... yang salah pasti akan dapat balasan dan pengajaran... Moga mereka belajar dari pengalaman dan kesilapan.