Aku letakan cover yang ada sinopsis.. Masih dalam pembacaan dan hampir ke titik akhir. Sebenarnya dah lama aku berkeinginan untuk membeli buku nie. Tapi dek kerana kekurangan bajet aku tangguhkan dulu. So skarang dan ada bajet. Cerita dia best sangat.. Islamic method. Kalau lah aku mampu jadi setabah seperti watak utamanya alangkah bagus kan. Siri novel ini pernah di siarkan di Utusan Malaysia sekitar 2005-2006 dulu. Padanlah serasa pernah membacanya cuma tidak sampai ke kesudahannya. Dan telah pun di bukukan...Tak rugi pun membelinya apatah lagi membelinya..
Dua buku di atas bukanlah membaca sekadar untuk berhibur.. Tetapi menambahkan pengetahuan dan memotivasikan diri. Bercinta Sampai Syurga adalah sambungan dari buku yang pernah aku beli iaitu Aku Terima Nikahnya. Belum lagi dibaca.. Tunggu habis Salju Sakinah dulu. Aku tak pandailah nak ulas buku buku sebegini tapi memanh sesuai untuk yang dah berumahtangga atau pun belum.
Indahnya Hidup Bersyariat.. sebenarnya sekali pandang buku ini aku dah cinta.. Belum lagi membeleknya. Jarang kita jumpa buku agama yang berwarna warni dan sangat mudah di fahami walaupun begitu masih perlu menuntut dari seorang guru. Dapatkan lah buku ini untuk kita jadikan panduan dalam meniti kehidupan di dunia ini. Jadikanlah kehidupan kita penuh dengan syariat...
No comments:
Post a Comment