Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Sumber-Buku Untukmu Wanita, oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/)


Kesalahan pertama- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja
Kesalahan kedua- Bertudung, tetapi berkemeja T lengan pendek
Kesalahan ketiga- Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
Kesalahan keempat- Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan kawasan mudah 'menggoda'
Kesalahan kelima-Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
Kesalahan keenam- Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya
Kesalahan ketujuh- Bertudung, tetapi tudungnya dilempar kebelakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup
Kesalahan kelapan- Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh di lihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesalahan kesembilan- Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambail menayangkan betis sepanjang jalan
Kesalahan kesepuluh- Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samaada menyanyi mahupun bernasyid

Kaum wanita perlu menyedari bahwa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali dia memandang. Yang beratnya ialah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang di perolehi hanya dengan pendedahan aurat pada satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW:

'' Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya'' (Riwayat Ahmad dan lain lain: Sahih)



Salam ukhwah... sama sama kita memartabatkan Islam di tempat yang teratas dari segalanya...- masuri24

No comments:

Post a Comment