cita cita nak jadi novelis, tapi sudah tertulis jadi penolong pengurus dan juga menjual produk kesihatan SHAKLEE
Kek Warna Warni
Kek Warna Warni? Dah lama tak memasak di rumah sendiri semenjak berkampung di rumah emak mentua. So, hari sabtu hari tu aku balik rumah disamping mengemas sedikit, aku pun membuat sebiji kek. Dah lama tak memasak apa apa n risau gak kalau skill ku itu hilang secara tiba tiba...
Resepi asas kek butter yang aku tak sure ambil dari mana. Kek butter biasa saja sebenarnya. Tapi disebabkan kerajinan yang lebih aku menambahkan warna warna nye... konon nak buat marble tapi tak reti ekk.. So ini ajelah yang jadi... Ok gak eekkk?
Secara asasnya resepi nye adalah begini
250gm butter - seketulah tu kan
200gm gula castor
210gm tepung gandum
5 biji telur ayam
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh serbuk penaik
so.. kalau nak warna warni tu buh lah apa yang patut.. serbuk coklat ke, warna oren ke .. hijau ke macam yang aku buat nie..
Butter+gula+esen vanila di pukul sehingga berkrim dan ringan. Jgn lama sangat nanti kek berdorai..
Pastu masukan telur satu persatu, pas dah sebati masukan tepung + serbuk penaik (aku tak ayang pun..)pula dan gaul sebati..Pastu bagi adunan kepada beberapa bahagian.. Ikut warna yang suka lah..
Bakar selama 50-60 minit suhu 180 ( aku nye 160.. kalau panas sangat nanti merekah)
Komen dari mereka yang makan
Hubby - sedap sangat sampai berkocai dietnya
Mak mentua - sedap.. lembut aje
Kekawan ofis ( aku bawa opis sikit n bawa untuk emak aku juga)
Macam beli punya kek aje..
Cantik warna dia...tambah warna merah pun ok ..
Okies chow dulu...
Labels:
Cooking,
Kek,
Kek Pelangi
Its Our Day ( 3rd Annivessary)
10th November 2006 - 10th November 2009 till the end... Insyallah
Luv u so much my dearest hubby!!!
Here is the gift given by hubby....bracelet...
TQ so much dear...
Luv u so much my dearest hubby!!!
Here is the gift given by hubby....bracelet...
TQ so much dear...
Pergi Tak Kembali - 2
25th of October 2009 at the age of 55 - Bapa saudara ( adik emak yang ke-tiga)
Sekadar sebuah gambar ihsan dari Yahoo
Al Fatihah buat ayahanda yang disayangi..
Labels:
Mati
Pergi Tak Kembali - 1
My father in law at the age of 70 - 27th of August 2009
Al Fatihah buat ayahanda yang di sayangi.
Buat suami tersayang, setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua akhirnya.
Tiada siapa dan apa sahaja yang boleh menghalang ketentuan Ilahi ini.
Semoga tabah menghadapi permergian bapak tercinta.
Doakan sahaja semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman.
Sekadar sebuah gambar ihsan dari Yahoo
Al Fatihah buat ayahanda yang di sayangi.
Buat suami tersayang, setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua akhirnya.
Tiada siapa dan apa sahaja yang boleh menghalang ketentuan Ilahi ini.
Semoga tabah menghadapi permergian bapak tercinta.
Doakan sahaja semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman.
Labels:
Mati
Masjid, Azan n Ceramah/Tazkirah/Kuliah Subuh
Aku kebelakangan nie dah perasan terutama selepas balik dari beraya lama di kampung hari tu. Apa yang aku perasan yea? Aku perasan yang azan dari masjid besar atas bukit di kawasan rumah aku dah tak boleh didengari. Padahal rumah aku dekat aje ngan masjid tu. Ceramah lepas maghrib dan doa membaca alquran setiap pagi yang biasa aku dengar pun dah tak dengar. Hairan.. dulu laungan azan dari masjid besar tu boleh didengari oleh sepelusuk seksyen 1. Sampai sri rampai pun yea aku rasa. Tapi skarang dah tak ada... mmmm sedih memikirkan ke manakah azan nie dah menghilang. Dulu masa laungan azan nie masih di dengari abah ada cerita yang ada seorang lelaki nie pergi ke masjid untuk memberi sedekah. Sambil memberi sedekah dia meminta supaya azan yang kuat tu diperlahankan. Tak perlu pakai pembesar suara... Sedih tu lah dengar benda nie. Kalau bangsa asing yang minta macam tu logiklah juga tapi ini orang melayu kita dan orang islam kita. Masjid dah tak boleh menguatkan suara untuk memanggil jemaahnya berkumpul.. Apa nak jadi dengan orang islam sekarang aku tak pasti.. Takut pun ada dengan situasi ini. Takut Allah murka dan turunkan bencana yang tak akan tertanggung dek manusia seperti bencana di Padang, Indonesia.
Tuhan saja yang mengetahui...
Fikir fikir lah sendiri segalanya.
Labels:
Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)





