Prepare this dish on last Sunday morning. Selalu aku letak inti sambal sardin, kaya atau coklat.. kali ni letak telur rebus pulak... Malay style sebab ada cili api instead of black pepper..
Resepi:
3 biji telur rebus,
1/2 biji tomato - di potong dadu kecil
1 bji cili merah - dihiris halus
5 biji cili api - dicincang halus
1/2 batang lobak merah - di potong dadu kecil
1 sudu besar mayonis
1/2 sudu sos cili
secubit garam
Roti 8 keping
Bancuhan tepung seperti goreng pisang
cita cita nak jadi novelis, tapi sudah tertulis jadi penolong pengurus dan juga menjual produk kesihatan SHAKLEE
Forgive and Forget
Semudah melafaz kata MAAF tanpa erti dari hati, sesukar itu untuk LUPA pada setiap patah kata yang keluar daripada bibir yang semanis tebu tatkala terlafaz tanpa fikir dalam waras.
Labels:
Perasaan
Aidilfitri 2011 - 1432 Hijrah
Aildilfitri 2011.
Segalanya berjalan lancar, walaupun tidak sempurna tetapi penuh dengan kesederhanaan yang aku dambakan. Walaupun ada bezanya Aildilfitri tahun ini. Empat tahun yang lalu.. tidak seperti Aidilfitri tahun ini. Kalau nak kata aku gembira .. tidak juga, kerana aku adalah seseorang yang sering memandang dan memerhati hikmah disebalik terjadinya krisis keluarga ini. It is not to say 'kalau', tapi memang itu yang telah diatur oleh Allah. Maka, kita sebagai hambanya perlu melihat yang tersurat dan tersirat disebalik semua krisis yang terjadi. Banyak hikmahnya, cuma yang pandai menilai dapat melihat yang tersurat dan tersirat itu. Tapi, kalau dipandang dari mata kasar memang segalanya nampak buruk dan tiada nilai.
Sebenarnya jauh di sudut hati, aku tidak mahu krisis keluarga ini berpanjangan. Tetapi aku sendiri tidak tahu dan tidak mampu utk menyelesaikan segala kesulitan dalam krisis ini. Selalunya juga aku rasa tidak wajar aku bersikap tidak ambil tahu dengan beliau, tapi rasa sedih, pedih, kalut dan sukar utk aku melupakan segalanya yang telah berlaku mengatasi segalanya. Aku tahu tidak wajar aku menjadi kaku, tidak berperasaan dan sekadar tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.
Adakalanya berdiam diri adalah cara terbaik, kerana diam tidak bermakna kita kalah atau salah. Tapi terlalu berdiam diri, mungkin juga menjadikan orang lain bersangka dengan kita.
Sewajarnya Aildifitri ini aku jadikan medan utk saling bermaafan dan melupakan juga memaafkan..
Tapi, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.
Sesukar masa yang lepas yang aku dan suami lalui, sesukar itu juga utk kami melupakan dan melepaskan beban dan hasil krisis ini dengan mudah. Masa memang tidak boleh diundur, dan patah kata yang terlepas juga sukar untuk dimaafkan.
Tidak pasti sempat atau tidak bertemu Ramadhan yang akan datang, dan tidak pasti bilakah krisis ini akan berakhir.
Semoga dipermudahkan segala olehNYa dalam segala urusan.
Alhamdullillah
Pic credit to : http://cahayamatarezekiku.blogspot.com/
Berakhir di malam Jumaat, pada 8 Syawal.
Alhamdullilah... sampai juga ke akhirnya. Walaupun bukan di dalam Ramadhan yang mulia.
Semoga aku dapt bermula kembali dengan secepat mungkin walau sebanyak mana pun alasan bermain diminda..
Moga segalanya dipermudahkan untuk aku kembali menyelak lembaran bermakna itu..
Labels:
Perasaan
yang ditinggalkan
Bermula minggu terakhir Ramadhan dan minggu awal bermulanya Syawal dengan keuzuran melampau yang tidak aku minta dan duga.. Hampir melewati usia tiga minggu ditinggalkan. Dan hati semakin gusar kerana aku semakin menjauh darinya... Dihambat dengan rasa keletihan yang melampau, kelesuan yang tidak aku jangkakan. Bila akan bermula? Di saat aku terlalu banyak beralasan mendepani dunia yang pasti berakhir suatu hari nanti.
Aku mencari kekuatan untuk mendepaninya semula, untuk menyelak dan membelai lembarannya semula.
Ya Allah.. titipkan aku secebis kekuatan rohani dan utk mendepaninya...
Aku mencari kekuatan untuk mendepaninya semula, untuk menyelak dan membelai lembarannya semula.
Ya Allah.. titipkan aku secebis kekuatan rohani dan utk mendepaninya...
Labels:
Perasaan
Subscribe to:
Posts (Atom)




