Pendiam



Awful

Seorang isteri tidak akan pernah sama dengan ibu.
She will always be the number one in the life of a men...

Entah kenapa perasaan aku macam ni. Semacam ada ketidakpuasan hati. Cerita semalam yang masih membelenggu diri? I feel so awful... Teruknya aku!!!!!!!!!


Kinta River Front - Ipoh




















Begin of the journey....





Semoga permulaan perjalanan ini di permudahkan olehNYA...

Home made chocolate








Recipe taken from here

Bahan
300 gm cooking coklat [jual kat kedai bakery tu] - i'm using chocolate compound
50 gm cocoa butter
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]

acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair. ( my method is double boiler)
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

Apam Polkadot - Cerita Lama





Prepared the apam polkadot during the raya haji.
Recipe taken from here.

Ingredients
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Method

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 


Lelaki Kena Tahu


.........



Hisab Pertama Adalah Solat


Sumber : Buku ‘Kerana-Mu Aku Berubah’ karya Ruhana Zaki (terbitan Karangkraf)
Biro Pendidikan & Dakwah, Lajnah HELWA, PKPI W/P & Selangor


Hisab Pertama Adalah Solat

Dirikanlah solat dengan hati dan jiwa
Kerana solat adalah penawar hati
Kerana solat adalah pemujuk jiwa

Sejarah Solat
Rasulullah SAW pertama kali menerima perintah solat ialah pada malam Israk dan Mikraj. Ketika itu, Allah SWT memerintahkan Baginda dan umatnya menunaikan solat sebanyak 50 waktu. Nabi Musa meminta agar Baginda bertemu dengan TUHAN dan memohon keringanan tentang waktu solat itu kerana umat Nabi Muhammad SAW pasti tidak mampu menunaikan suruhan tersebut.

Lalu Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT beberapa kali untuk meminta keringanan, sehinggalah waktu solat dikurangkan kepada lima waktu sahaja. Begitu pun, Nabi Musa masih lagi menyuruh Baginda menemuiNya untuk meminta keringanan.

Baginda berkata, Baginda sudah berasa malu untuk meminta keringanan lagi. Sedangkan Allah SWT sudah berfirman:
“Ini (perintah) solat lima waktu dan solat lima waktu ini setara dengan solat 50 waktu sebab Kalam-Ku tidak akan berubah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada asalnya, solat kita berjumlah 50 waktu, namun atas belas kasihan Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad SAW, bebanan kita dikurangkan. Apa yang kita lakukan selama ini hanyalah solat yang sudah diberi diskaun 90% olehNya. Pun masih ada yang liat dan malas menunaikannya. Ingat ya, solat adalah tanda kepatuhan kita terhada Pencipta. Tanda kesyukuran atas nikmat yang terlalu banyak diberikan kepada kita secara percuma.

Nikmat yang saya maksudkan bukanlah melangkaui kekayaan harta benda. Nikmat yang saya maksudkan di sini ialah tubuh badan kita yang serba kompleks dan sempurna ini. Dua mata, dua telinga, hidung, mulut, dan lidah. Semua itu tersusun cantik di atas wajah. Rambut yang hitam mengurai, jari-jemari yang lengkap, tangan, kaki, bentuk badan... Masya Allah, betapa sempurna dan padan letaknya. Belum lagi hendak disenaraikan anggota dalaman yang tidak dapat dilihat tetapi menjalankan fungsinya dengan taat. Hebat, kan? Apatah lagi diberi percuma.

DIA juga mengurniakan kita ayah, ibu, adik-beradik, keluarga, kawan-kawan, guru-guru, dan mereka yang disayangi di sekeliling kita, yang sentiasa ada ketika kita memerlukan. DIA juga memberikan apa yang kita sukai lewat doa kita yang sering dimakbulkan.

Itupun antara sebab kita mesti berterima kasih kepada Tuhan. Salah satu caranya adalah dengan menunaikan solat. Hanya lima kali setiap hari. Itu yang wajib. Usah memandang perkataan ‘wajib’ itu sebagai bebanan, sebaliknya anggaplah sebagai membayar hutang kita kepadaNya. Sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa nyawa yang dipinjamkanNya ini mesti diraikan dengan rasa kesyukuran dan pengabdian.

Solat Hingga Disolati

Solat adalah ibadah paling penting. Hisab pertama kita di akhirat nanti bermula dengan solat. Jika solat lulus, barulah hisab tentang amalan lain akan dilakukan. Allah SWT telah menceritakan kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang yang bersolat.”   ( Surah al-Mudhathir : 42-43 )

Lantas, bagaimana lagi hendak menafikannya? Dengan memberi bermacam-macam alasan? Alasan apakah yang paling logik ketika hendak menidakkan perintah TUHAN?
Sedarlah, solat bukan untuk menyusahkan. Sebaliknya, solat bertujuan untuk kebaikan kita juga. Antaranya, kebaikan dari segi ketenangan jiwa, menjaga kesihatan, dan merawat penyakit hati. Lagipun, solat adalah tiang agama. Jika semakin ramai umat Islam tidak solat, bagaimana agama kita hendak kukuh? Bayangkan bangunan yang tiada tiang ataupun tiangnya tidak seimbang. Sebuah stadium pun boleh runtuh!

Nabi Muhammad SAW pernah meninggalkan pesanan, suruhlah anak-anakmu bersolat ketika usia mereka tujuh tahun. Dan pukullah mereka pada usia 10 tahun. Itu menunjukkan solat itu penting. Solat mesti dipelajari sebelum usia tujuh tahun lagi. Sesudah itu, solat tidak boleh ditinggalkan sehinggalah akhir usia.

Bayangkan betapa pentingnya solat itu. Pada detik-detik terakhir sebelum jasad seseorang itu disemadikan, dia masih disolati. Dia sudah tidak mampu melakukannya sendiri tetapi masih juga perlu solat, iaitu disolatkan oleh orang lain. Solat empat takbir tanpa sujud. Solat ucapan selamat tinggal kepada dunia yang fana...

Seksa Meninggalkan Solat

Solat itu mudah sahaja, tetapi yang mudah itu sering dipermudahkan. Akibatnya, hidup tidak memberi sebarang makna. Barangkali hartanya banyak, wangnya melimpah-ruah tetapi jiwanya kacau bilau. Mungkin zahirnya tampak bahagia dengan anak-anak bijak dan pasangan yang sempurna. Tetapi di dalam rumah, mereka sering bercakaran. Biasanya, derita meninggalkan solat tidak terzahir melalui fizikal tetapi secara maknawi, iaitu yang berkaitan dengan hati, ketenangan, dan kebahagiaan nurani.

Lebih teruk lagi, Allah SWT merangkumkan seksa meninggalkan solat itu secara marathon, iaitu akan dirasai ketika hidup, ketika sakaratul maut, di dalam kubur, dan di alam akhirat. Ngerinya! Tentulah seksa TUHAN tidak mampu digambarkan kerana azabnya itu Maha Pedih sifatnya. Kata Nabi Muhammad SAW, api yang biasa kita gunakan sehari-hari di atas dunia ini adalah satu daripada 70 jenis api neraka (HR Bukhari daripada Abu Hurairah). Api ini pun sudah cukup panas dan boleh meranapkan seluruh harta benda, bayangkanlah pula dengan 69 jenis api yang lain itu?

Keajaiban Waktu Solat
Dalam Islam, kita solat mengikut waktu yang sudah ditetapkan. Putaran bumi memberikan impak yang berbeza pada tubuh badan dan semangat kita. Itulah keajaiban solat yang kita lakukan..

Waktu Subuh yang sinonim dengan spektrum warna biru muda berkait rapat engan rezeki dan komunikasi. Oh...barulah kita tahu mengapa burung vangun awal. Ketika ini rezeki banyak. Orang yang terlepas solat Subuh tentu akan mengurangkan rezekinya sendiri tanpa disedari.

Waktu Zohor pula berkait dengan spektrum warna kuning. Warna kuning pula mempunyai rahsia yang berkaitan denga kesihatan perut dan hati selain berkait rapat dengan keceriaan. Orang yang malas solat Zohor lama-kelamaan akan hilang sifat cerianya.

Tenaga pada waktu Asar, spektrumnya berwarna oren sangat diperlukan oleh manusia. Warna waktu Asar diperlukan untuk menjana kreativiti. Lihatlah warna oren ya ng cantik di sebalik lautan yang terbentang luas. Ia sering menjadi tumpuan para peminat alam semula jadi seperti penyair dan pelukis. Warna oren pada waktu Asar juga diperlukan oleh organ-organ reproduktif seperti prostat, uterus, ovari, dan testis.

Alam berubah warna menjadi merah. Pada waktu ini, orang tua sering menasihatkan anak cucu agar masuk ke rumah. Ini kerana, pada waktu ini iblis dan syaitan banyak berkeliaran merata-rata. Mereka sangat bertenaga pada waktu ini. Untuk mengelakkan diri daripada dirasuk, maka lebih baiklah berada di rumah ketika ini.

Alam berubah ke warna indigo dan mula gelap. Ketika ini, waktu Isya’ pun masuk. Waktu Isya’ menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Orang yang selalu meninggalkan solat Isya’ akan selalu berasa resah gelisah. Ketika alam sudah gelap sepenuhnya sampailah masa untuk kita tidur, iaitu tidur delta. Tidur yang memberikan kerehatan kepada seluruh sistem tubuh badan (nota saya : malam sepatutnya menjadi masa untuk rehat dan tidur. Tetapi kenapa anak muda suka sangat berjaga malam dan tidur pada waktu siang?).

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan ungu. Ia bersamaan dengan fungsi kelenjar pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sudah boleh bangun pada waktu ini. Pada waktu inilah kita melakukan qiamullail.

Hiasilah keheningan malam dengan solat tahajjud, solat sunat yang paling banyak hikmahnya jika dilazimi dengan tulus dan ikhlas. Dan pada waktu malam, bangkitlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagi ibadatmu. Mudah-mudahan Allah SWT membangkitkanmu pada hari akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.

Itulah firman dan janji AllahSWT dalam Surah Al-Isra’, ayat 79.

Solatlah sebelum kita disolatkan buat kali terakhir. Tika itu, jangan pula menyesali kehidupan yang pergi sia-sia. Allah SWT tidak akan peduli meskipun roh merayu untuk kembali ke alam dunia walau untuk sedetik cuma.


Kek Pisang Gebu


Again the simple recipe found here


KEK PISANG GEBU
Oleh : Chef Zubaidah
Source : Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)
Rujukan : Jamuan Kek

Ingredients

150 gm pisang ~ dilenyek
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120 m minyak masak
1 sudu besar ovalatte
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Method

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 C. Sediakan loyang berukuran 8 inc
2. Sapukan sedikit butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan kertas kek
3. Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga pekat
4. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.

Kek Coklat Lembap

Still the simple recipe for moist chocolate cake that I found from here.


KEK COKLAT LEMBAB
By : Chef Zubaidah
Source : Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)
Rujukan : Jamuan Kek

Ingredients

100 gm serbuk koko
400 gm susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
200 gm gula kastor
4 biji telur
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emuco
1/4 sudu teh garam ~ ita tambah
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah

Method

1. Mula-mula satukan tepung, serbuk penaik, soda dan garam kemudian di ayak
2. Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula (aku humban dalam rice cooker je)
3. Masak adunan atas api yang perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat. Ketepikan dari api
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati
5. Masukkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
6. Tambahkan coklat emulco dan esen vanilla
7. Tuangkan adunan dalam loyang berukuran 9 inc yang telah di oleskan dengan sedikit mentega dan di lapik dasarnya dengan kertas kek.
8. Bakar daam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
9. Sejukkan kek setelah masak sebelum ianya di potong

Pizza Gebu

Source - CMG


The easiest pizza dough recipe that I found while searching it ...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Method
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. 3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

For topping, I used sausage, capsicum, onion, squid, spaghetti sauce and black pepper plus the slice cheese for the substitution of mozzarella cheese. Bedal je apa yang ada...