Pada anak lelaki yang berumah banglo, ada kolam ikan, bergaji besar dan berjawatan besar, isteri pun bergaji besar dan berkedudukan tinggi, berkereta mewah, duduk jauh (setakat selangor) , balik setahun dua tiga kali, bagi duit kalau sesekali bagi, cucu yang ramai dah bijak bijak, yang mengeluarkan ayat tak payah bagi duit pada mak dan bapak yang ada punca pendapatan sendiri, yang konon berlagak hero pada mak bapak = 100%
Pada anak perempuan yang berjawatan besar di organisasi terkenal, yang berkereta besar, yang pada hari mati bapaknya balik bila telah selamat dikebumikan, yang balik tengok mak bapak 5 tahun sekali, walhal tinggal di Kajang sahaja.., yang tidak pernah menelefon mak bapaknya = 100%
Pada anak lelaki yang duduk dekat dengan rumahnya, yang bersusah payah menjaga makan minum, yang menjaga sakit demam, yang menghulur duit setiap bulan, yang membawa sahaja ke mana mahu emaknya pergi, yang kadang kadang terpaksa membelakangkan isteri untuk membuat keputusan, yang isterinya kerja biasa biasa sahaja, tapi tinggal di rumah teres sahaja, yang tidak bergaji besar dan berjawatan tinggi, yang hidupnya biasa biasa sahaja, yang tidak mempunyai anak, yang selalu dimarahi oleh abang dan kakak = 10% (itu pun kalau ada)
Ini bukan cerita rekaan dan bukan omongan kosong, tapi ini adalah realiti dan kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mata hati.. yeah.. but still God knows everything that we do not know. Disebalik setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmahnya.
May Allah bless us ...
No comments:
Post a Comment