Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA

Aku dah pernah baca artikel ini satu masa dulu tapi lupa di mana.. melalui facebook aku jumpa balik artikel ini. Jadikan pedoman dan iktibar untuk kita lebih berhati hati dalam segala perbuatan..

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

by Zameer Fisabilillah on Monday, 04 October 2010 at 18:58.

http://www.facebook.com/home.php?#!/notes.php?id=130114233707401&notes_tab=app_2347471856

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana

Majlis Pertunangan & SMS Penghargaan

This message came from my ayahchik on 15/10/2010. The message sound this..

''Assalamualaikum, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai yang telah bertungkus lumus membantu kami bagi menjayakan majlis pertunangan anak kami pada 10.10.10 yang lalu. Jasa dan sumbangan yang dihulurkan tak ternilai harganya, hanya terima kasih yang mampu diucapkan. Terima kasih banyak2''

Aku dan suami merasa terharu membaca sms ini. Sepanjang aku membantu kenduri dalam mana mana majlis keluarga dan sanak saudara, tak pernah pula aku terima sms seperti ini kemudian harinya. Aku pun tak pernah buat ekk.. What a sweet sms.. Thanks to ayahchik. And just to say that, aku dan suami membantu dengan ikhlas.. :)

Majlis pertunangan sepupu aku... yang bernama norshazwani.. okies enjoy the photos which can tell everything..














barang barang hantaran sebelah perempuan

pelamin? seems like that .. tempat sarung cincin









barang hantaran sebelah lelaki .. all in red


calon pengantin yang terlibat.. semoga segalanya akan berjalan dengan lancar sehingga tahun hadapan dan selamat menempuh alam pertunangan yang mempunyai pelbagai rencah..

Tulis Wasiat

Semalam entah kenapa rasa nak tulis wasiat. Padahal bukan berharta pun. Masa tulis wasiat rasa semacam. Rasa sejuk kakitangan.. rasa macam betul betul kematian akan menjemput saat menulis wasiat. Seram sejuk.

And finaly, wasiat pun siap... kena pi stamping and sign juga.. So kita surat wasiat sementaralah ni sebab mungkin akan diubah balik esok, lusa atau pun tulat..

:)

Keikhlasan... ?

Aku tidak ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab? Tanggungjawabkah ini namanya? Terlalu banyak yang aku korbankan setakat ini, kebelakangan ini dan sepanjang masa ini. Berkirakah namanya ini? Entah.. entah dan entah. Bila rasa tak puas hati bermain di fikiran, hati jadi resah. Seperti mahu mempersoalkan semua rasa ketidakpuasan hati ini. Tapi pada siapa? Ahhhh.. Masa, tenaga apatah lagi perasaan dan rasa hati semua ini terkorban dan berkorban begitu sahaja.. Rasa tidak berbaloi segalanya yang telah aku sumbangkan.

Ahhh mungkin segalanya telah tercipta, telah tersurat dan telah tertulis untuk aku lalui. Rasa menyesal tidak ada pun kerana aku yang telah memilih untuk melalui segalanya begini. Mahu dipersalahkan kepada siapa? Kepada diri sendirilah.. Kepada orang lain? Tidak sama sekali dan untuk apa?

Aku tidak rasa dihargai..? Mungkin itu yang bermain di fikiran sehingga kadang kadang aku rasa aku tidak pernah ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab. Kenapa harus aku dan aku? Bukan mereka yang bernama mereka dan bukan mereka yang juga mempunyai hak malah perlu untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Aku ini apa agaknya? Sekadar tempat menumpang kasih waktu tiada siapa untuk ditumpangkan.. dan tatkala mereka mereka itu ada aku sekadar satu makhluk yang tidak bernyawa dan tidak bernilai?

Ahhhhhh... menangis pun tiada gunanya...

Ya Allah... kurniakanlah aku .. limpahilah aku dengan kesabaran yang tiada batasan...

Rumah Kecil Kami

Bagi aku dan suami .. rumah sendiri tetap rumah sendiri.. tidak sama rasanya dengan rumah orang lain .. walaupun rumah mak dan bapa sendiri. Kami sempat tinggal di rumah sendiri hanya 3 tahun .. Kerana apa? Kerana inilah hasil jerih payah kami sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa untuk memiliki rumah ini. Rumah kami kecil sahaja.. built in 20x65.. keluasan rumah sebenar 30x90. Semi D. Tapi rumah sendiri adalah sebuah syurga bagi kami.. bak kata orang Rumahku Syurgaku.. Home Sweet Home.. walau kemana kami pergi rumah ini tetap dalam ingatan dan akan segera mahu pulang segera kalau berada di luar...

Aku tidak tahu bila lagi akan dapat kembali ke sini seperti dulu... bahagia tinggal di rumah sendiri telah tidak ada dalam kamus hidup aku.. aku rindukan rumah kecil ini.. aku rindukan gelak tawa kami berdua biarpun ketika itu perjalanan hidup agak sukar.. aku rindukan dapur terbuka tempat aku belajar memasak makanan kegemaran suami.. aku rindukan mini library kami.. aku rindukan setiap inci dalam rumah ini.. I miss this small home so much..

 :(   :(    :(















Lelah

weehhh lelah aku memikirkan tahap kebosanan yang melampau berada di ofis sekarang ini..
aku telah ditukarkan ke unit baru tapi masih di bawah GM yang sama..
dulu .. masa berada di unit lama aku kebosanan juga sebab tidak ada kerja? percaya atau tidak? tidak ada kerja.. kerja yang bergantung kepada orang lain.. so kalau department lain tidak memberikan hasil kerja mereka maka unit aku yang lama juga tak ada kerja...

di sini .. di tempat baru ini aku masih blur.. dan termanggu manggu memikirkan apakah kerja yang perlu aku lakukan.. masih belum ada handover.. adakah aku makan gaji buta?

weehhh boleh tak tempatkan aku di unit yang mana hanya akan berhenti berkerja waktu makan, waktu solat dan waktu balik...???

aku di tahap .. memikirkan kemungkinan untuk berhenti dan membuat pekara lain yang aku tidak pasti apakah itu..

boleh kah mcam ini?

Ya Allah.. permudahkan lah urusan kehidupan aku. Ameen...

Jalan jalan to Kellie Castle

sepupu sepupu beria nak melawat Kellie Castle yang terletak di Batu Gajah. Aku yang empat tahun di BG masih tak pergi.. tapi akhirnya pergi juga.. masa raya ke empat




























































Sedikit info on Kellie Castle dari http://www.perak.info/kinta/Kellie_Castle_Batu_Gajah.htm

A Castle long in the making....
It was intended to be the hub of social life for the area's wealthy colonial planters and administrators. A grand mansion with a six-storey tower, wine cellar, stately columns. Moorish arches and walls embellished with Greco-Roman designs. There was to be a rooftop courtyard for parties and even an elevator, the first of its kind in the country. But the building was never to be completed. Work halted in December 1926 with the sudden demise of its owner, William Kellie-Smith. The estate on which it was situated was sold and the unfinished mansion soon surrendered itself once to the jungle.

Today, the rediscovered mansion, popularly known as Kellie's Castle, still stands, having survived the ravages of time. It reflects the pioneering spirit of the early colonialists and the romanticism of a bygone era. Who was Smith and what prompted him to construct this palatial building?

Born in Dallas, North-Eastern Scotland to a farmer and his wife on March 1, 1870, William Kellie-Smith travelled to Malaysia, then Malaya, at the tender age of 20 to seek his fortune. Kellie was his mother's maiden name. Smith was engaged by an estate owner named Alma Baker to help in the construction of public roads in South Perak. With this share of the profits from the venture, he bought 1,000 acres of jungle land in the Kinta District, and cleared it to plant rubber.

He later named the estate Kinta Kellas, after his home farm, Easter Kellas.

In 1909, Smith built his first mansion, Kellas House - a symbol of his prospering rubber estate venture. Five years later, with a birth of a son and heir, Smith laid the foundation stone to the second mansion that proved to be his ultimate folly.

Kellie's Castle was to surpass his estate bungalow. Seventy tough workers, mostly from Madras, were employed and bricks and marble were imported from India. But during the construction, tragedy struck. A mysterious illness broke out, killing many of Smith's workers. The superstitious Smith was told that a temple must be built to appease the gods. He immediately transferred his workers to build a Hindu temple nearby.

Work resumed after the temple was completed but the castle was never to be realised. Tragedy struck again. On a visit to Lisbon, at the age of 56, Smith died of pneumonia.

His wife, Agnes, sold the estate and with the passing of time, and the end of colonial rule, the castle soon faded into memory.

Located on a ridge beside a meandering river near the town of Batu Gajah, Kellie's Castle is easily spotted from the Batu Gajah - Jalan Gopeng. Etched against the blue sky, much of the structure is still intact.

Over the years, the sturdy castle appears to have waged battle against the undergrowth. Although once creepers sprout from its exterior and gnarled tree roots fill the compound, the interior is undamaged. Only the spiders and insects make home of the empty rooms.

Despite signs of decay, the castle exudes a certain air of dignity and grandeur. Moving from room to room, one can imagine the rich furnishings that would have filled the stately structure, had it been completed. As we wander around the castle, there is a eerie feeling of being watched. Sunlight streams through a series of arches on the two main floors, casting ghostly shadows on the verandah running the length of the building.

Perhaps, there is some truth to the local legend that the spirit of Old Man Kellie still wanders along the corridors...