My Day..

Hari aku.. hari lahir aku hari ini..
I received this gift this morning.. from Picha.. which I called Bobot Kecik
the card
the gift box

the gift

and the gift too..
thanks Picha for such a lovely card and gift

my wish list for birthday?

banyak sebenarnya.. tapi kalau yang dicari sentiasa adalah dunia .. aku rasa tak berbaloi..
masih ada mak n abah di usia sebegini satu pekara paling berharga buat aku.. dan punya suami yang menyayangi aku... apa lagi yang aku kehendaki dalam dunia nie selain dari nikmat Tuhan yang sentiasa tidak putus..? tapi hidup aku masih tidak lengkap tanpa cahaya mata dan aku masih berusaha dan akan berusaha selagi usia belum menjengah angka 40... kerana Tuhan adalah penentu segala...

another wish.. untuk menyelesaikan semua hutang piutang rumah, kereta etc.. supaya hidup akan berasa tenang sentiasa... hubby in the process of work on it..

to perform Hajj with my beloved hubby and both parents.. may the dream come true soon ...

Ramadhan - Day 9

Menu hari ini.. aku beli plus mak n abah masak

gulai lemak terung, ikan siakap masak sambal, tahu sumbat + the kuah, bubur jiran bawah umah bagi..
aku makan tahu sumbat aje.. yang lain tak selera rasanya

yong tau foo.. aku beli.. my favorite tapi mcm rasa tak sedap lah pula.. rasa tak kena di tekak n selera.
yang paling istimewa.. durian goreng yang abah goreng.. lemak manis betul betul menaikan selera.. aku makan 2 tiga ketul gak lah..

a day before mak cakap kalau ada kacang kacang sedap juga..
kebetulan ada orang jual kat ofis .. aku belilah kacang parang n siput nie..

Ramadhan - Day 6

Mil masak gulai parpu .. Aku? Masak sambal ikan bawal berpetai, sayur campur (lobak +bunga kubis), ayam goreng style mamak..n kuih lopes n beli ayam golek sebagai tambahan lauk..Masak masak n di bawa untuk berbuka di rumah mak saudara en suami yang kehidupan nya agak susah..

Tapi sume nya tak berambil gambar.. lupa sebab en suami nak cepat..

Ramadhan - Day 5

Pergi berbuka puasa di rumah mak saudara en suami ... aku masak .... untuk di bawa ke sana

Peria Goreng


Makan ngan nasi panas panas memang sedap..
Peria besar 2 biji - dihiris nipis dan digaul kunyit
Bawang besar dihiris nipis
cili kering di potong pendek pendek
daun kari
ikan bilis..

goreng peria dengan minyak yang panas ( api besar) apabila peria
hampir garing baru masuk bawang, cili, daun kari n ikan bilis supaya masak bersama

Peria Masak - Masak Sambal

masak campak campak memang sedap
aku letak sebijii peria masak, sebiji kentang, satu batang lobak merah
dan sedikit petai..juga sedikit ikan bilis..
cili mesin dan garam dan gula..  

Badak Berendam - Pink Colour??


my version plus mom version
masak inti - kelapa parut+gula melaka+gula pasir+ tepung jagung or gandum
kulit - tepung pulut +air n perwarna sirap ros ( masak seperti buah melaka) dan gaul bersama kuah setelah masak..
kuah - santan + tepung gandum+ tepung jagung+garam+daun pandan (masak dengan api yang kecil)

tepung berfungsi untuk memekatkan kuah supaya tidak menggunakan terlalu banyak santan yang mengandungi kadar lemak dan kolestrol yang tinggi..


Ramadhan - Day 4

Apam Mekar


Okies... Apam Mekar yang tak mekar.. dab sedikit bantat.. tak tahu apa yang tak kena..second time buat tapi still tak menjadi.. rasa tetap ada dan sedap.. Tapi still aku bawa masa majlis tahlil cum berbuka puasa saudara setelah en suamiku..

Resepi aku amik dari sini

.........???

fikiran yang berserabut dan teramat susah hati..
macam mana yea nak selesaikan kerumitan ini...

Buku Baru

Jalan jalan cari makan @ Zainul Nasi Kandar

event on 04/08/2010 hari tu bagi meraikan kehadiran ramadhan.. (aku tak paham kenapa ramadhan mesti disambut dengan makan makan). Semua exec di unit aku.. SCM plus Picha.. food? Boleh tahan.. aku bagi rating 3 out of 5.. Tapi ayam gorengnya memang sodap.. Tapi ramai betul orang kat kedai nie sampai dari aku datang n nak balik orang non stop datang n beratur..

Puding Roti

Resepi dari sini .. memang tip top nye resepi .. lembut di gigi apatah lagi di tekak.. manis yang sesedap rasa.. perfect!!! Harus ku buat lagi untuk pose nanti

sebelum dipotong.. dalam proses pengerasan
setelah dipotong dadu dan bersiap sedia untuk dibawa ke majlis tahlil di TR, Perak on isnin baru nie

Agar2 Lapis Gula Melaka



rupa yang cantik tetapi sedikit rangup dan tidak terasa kelembutan agar agar.. manisnya sedang elok.. aku rasa aku terkurang air kut.. resepi dari sini

Roti Sardin Goreng Bersalut Oat

Musim oat..? Ohh tidak  ini adalah kerana kandungan kolestrol en suami yang agak tinggi maka dinasihatkan oleh doktor untuk makan oat pagi dan malam..


memamg sedap giler sebab terasa kerangupan oatnya..

Oatmeal Breakfast + Nasi Goreng


Oat yang aku jadikan bubur dicampur bersama lobak dan kek ikan dan kiub ayam maggi. Sarapan utk encik suami digandingkan dengan sambal ikan bilis dan telur dadar bersama air milo kosong.. and for myself..


nasi goreng lembik.. yang hanya mampu kuselesaikan separuh sahaja..

Salam Ramadhan ...

Semoga kehadirannya akan menjadikan kehidupan kita lebih bermakna..


wallpaper credit to : http://islamicstyle.al-habib.info/tag/ramadan/page/3/

Rezeki

makan tengahari hari khamis lepas yang di taja oleh makcik makcik di opis .. cukup berbaloi di saat budget aku yang cukup kritikal

Cucur Roti


dimakan bersama sos cili padi keluaran agro mas - fama

Mee Hoon Goreng

Lembik sikit n macam basah.. masak sabtu lepas..