Semalam hari bapa.. bagi aku gelaran itu adalah abah..
Suami ku.. juga seorang bapa kepada anak perempuannya.. (anak dengan bekas isteri)..
Aku tahu dia sedih sebab tak dapat berjumpa anaknya... sudah berapa lama aku sendiri tak pasti. Tapi dia tak pernah lupa mengirim wang nafkah setiap bulan walau pun ada masanya kami hampir kepupusan duit walau untuk makan...
mmmm mengenang saat saat susah dulu rasa teramat bersyukur kepadaNYA kerana telah mengurniakan kehidupan yang senang saat ini...
Aku tahu suami juga mahukan zuriat dari aku.. tapi... tak ada rezeki lagi sehingga saat ini.. aku sendiri rasa cemburu melihat kawan kawan yang sudah begelar ibu tetapi belum lagi untuk aku... Tuhan penentu segala kata suami dan aku akan tersenyum saat kami berbicara soal ini... segalanya senang untuk dibicarakan tetapi dalam hati Tuhan saja yang lebih mengerti..
Hari bapa.. hari ibu ..? Aku tidak meraikan nya .. kerana aku rasa setiap hari adalah hari mereka dan setiap hari abah dan mak yang menjadi keutamaan .. mereka segalanya dalam hidup aku..
No comments:
Post a Comment