MUHASABAH - Mati Tiba Tiba

Sumber - Majalah Solusi Isu 17

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Antara tanda tanda kiamat adalah..... berleluasanya mati secara tiba tiba (mendadak)." (Riwayat al-Tabrani dalam al-Saghir)

Hadis ini kini disokong oleh beberapa data yang diperolehi dari kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SCD). Statistik tersebut menunjukkan bahawa:

* Lebih kurang 325,000 org meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat
* SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru paru, kanser payudara dan AIDS
* Lebih kurang 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tak dikenali. Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika penyakit jantung menyerang
* Jumlah kematian lelaki berbanding wanita ialah 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba tiba tiga kali ganda berbanding wanita

Benarlah apa yang dinukilkan dalam hadis tersebut. Persoalannya adakah kita sudah bersedia andai ditakdirkan tergolong dalam golongan tersebut? Mati secara tiba tiba tanpa sempat meminta bantuan daripada sesiapa pun. Lebih teruk andainya kita mati tanpa semoat membawa bekalan yang mencukupi dan bertaubat.

Subhanallah!!!

No comments:

Post a Comment