Sumber - Majalah Solusi Isu 17
Metafora: Si Anak Gajah
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya ia tetap tidak mampu melakukannya.
Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.
Di petik dari – Majalah Solusi isu no17
cita cita nak jadi novelis, tapi sudah tertulis jadi penolong pengurus dan juga menjual produk kesihatan SHAKLEE
Breakfast 26022010
Citer lama lah..
Breakfast on 26/02/2010.. Roti Kukus Lapis Slice Cheese and Telur ...dimakan bersama lada putih n kicap..
Breakfast on 26/02/2010.. Roti Kukus Lapis Slice Cheese and Telur ...dimakan bersama lada putih n kicap..
For me..
For my lovely hubby..
Selalu makan kat luar aje.. kali ni masak sendiri pula
Novel Baru
Lima novel yang aku beli dalam masa dua bulan dan ada lagi novel lain yang aku masih mencari..dan akan terus mencari.. Okeh jum tengok gambar cover..
Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul
Terbitan Kaki Novel
Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah
Terbitan Buku Prima
Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
Terbitan Buku Prima
Aku sekarang dah jatuh cinta dengan novelis nie.. Maksudnya dengan karya beliau. Novelis ini adalah seorang peguam.
Jaja n Din - Noor Suraya
Terbitan JS
Lagi satu novelis baru kegemaran aku.. sedang mencari buku beliau yang bertajuk Surat Unggu Untuk Nuha
Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21
Yang nie memang novelis kegemaran aku selain Aisya Sofea
Aku sedang mencari buku Tautan Hati penulis Fatimah Syarha..
Labels:
Novel
March 2010
Sudah menjengah bulan Mac rupanya..
Dan makin bertambah usia dan makin singkat tempoh kehidupan ..
Bersediakan aku menghadapi kemaatian? Menghadapi dunia kiamat yang tak pasti bila akan menjelma.
Takut .. takut sebenarnya.. Bergelora di dalam hati mengenangkan semuanya..
Insafkah aku mendepani semua ini...?
Dan makin bertambah usia dan makin singkat tempoh kehidupan ..
Bersediakan aku menghadapi kemaatian? Menghadapi dunia kiamat yang tak pasti bila akan menjelma.
Takut .. takut sebenarnya.. Bergelora di dalam hati mengenangkan semuanya..
Insafkah aku mendepani semua ini...?
Labels:
Kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)