Ramadhan 3 ( Kek Hari Lahir )


Kek Hari Lahir yang di beli hubby pada puasa ke tiga. Aku tahu dia lupa dan terasa menyesal pulak mengingatkan dia yang hari tersebut adalah hari lahirku. Terasa mcm terpaksa dia membelikan kek ini. Di beli kebetulan dia berada di Kuala Lumpur untuk membawa arwah bapa mertuaku menjalani pembedahan jantung di IJN pada 25/08/09. Mak dan abah pun tak ingat...tak apalah .. tak penting pun. Perasaan aku mana ada pernah penting pada sesiapa??? Betulkah?  Ahhhh sudah terlalu tua aku untuk di ingati hari lahir..

Pada hari nie aku berbuka puasa  bersama keluarga kakak ipar di Kajang. Di restoran Lemon Grass milik David Teoh (penerbit filem). Macam macam menu ada. Berbuka puasa di sana kerana hubby perlu menghantar emaknya untuk bermalam di rumah kakak iparku. Letih betul kerana balik pun lambat dalam jam 10.30 baru sampai rumah. Sampai sana pun lambat sebab hubby dah tersilap jalan (macam tahu tapi tanya tak nak)... Dah namanya LELAKI.. rasa ego tak pernah berkurang agaknya.

No comments:

Post a Comment