Maafkan Agar Di Maafkan

Seorang teman bertanyakan kepada aku perlukah di memaafkan orang yang telah membuat salah kepadanya. Aku kata perlu. Lalu aku tandakan salah satu bab dari buku Nota Hati Seorang Lelaki. Dia membacanya dan tersenyum memandang aku. Aku turunkan di sini sebagai pedoman kita. Aku juga masih tidak memaafkan mereka meraka ... tidak tahu bila akan ku berikan kemaafan yang datang dari hati yang ikhlas.

Petikan dari buku Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi.

Memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf.
Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa diikat oleh orang yang tidak dimaafkannya.Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!

Mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, kerana rasa ego. Rasa besar diri. Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya.

Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hambaNYA diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya.

Cuba bayangkan kasih sayang Allah. kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi namun Allah masih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab kata Imam al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jgn sesekali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat.

Sekali pun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah keampunanNYA sentiasa mendahului kemurkaanNYA.

Kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepadaNYA, zat yang Maha Mulia.

Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilanNYA. Allah penyayang, suka kepda orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan.

No comments:

Post a Comment