Baby Comel

comel kan...? aku jelajah majalah Nona melalui e browse.. belek punya belek terserempak dengan gambar baby nie yang menjadi model untuk satu articel dalam majalah tersebut..
anak siapa lah nie yea.. tak tahu nama dia apa.. so aku pun panggil fatihah .. ok tak
comel giler ekk...bila lah nak ada anak sendiri nie... :(

aku jadikan wajah comel nie dekstop background
gambar full pakai baju kurung..
gambar memula aku amik

Special Post - Happy Birthday Hubby... !!!

To my dearest hubby... this entry special dedicated for you.
Happy birthday sayang.. 25/07/1976
Semoga perjalanan cinta kita tiada akhirnya hingga ke dunia abadi nanti ...


suami,
empat tahun usia 'CINTA' antara kau dan aku
namun ... bukan sedikit yang kita tempuhi

kadang kadang aku terasa lelah dan penat
untuk melewati segala duri duri kehidupan ini..

tapi bila menatap wajahmu
tatkala kau lena
tatkala kau bekerja
tatkala kau berkata kata

hati jadi tenang .. setenang air di kali

aku tahu.. bukan sedikit yang kau harungi
demi bahagia kita
demi masa depan kita

tiada kata yang dapat aku lakarkan
untuk menzahirkan betapa aku menghargai
segalanya yang kau lakukan untuk kita..

terima kasih atas segalanya yang telah kau beri
semalam, hari ini dan hari hari esok ..
semoga cinta kita akan selamanya
termeteri di hati..

luv u sayang.. luv u so much..

Kuah Durian Gula Merah

Buat sabtu lepas gak.. dah siap siap agih agih agih untuk mil and mak n abah ..


Seri Muka Durian

Buat ari sabtu baru nie..



Maggi Goreng

Breakfast last sunday...



Kek Coklat Kukus

versi cup .. buat dua minggu lepas

Novel

Novel Umi Hayati - aku pinjam

Teaming with Passion - Theme Song 2

Source : http://www.lirik.my/

Mulanya Di Sini - Freedom

Tibanya di sini

Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Teaming with Passion - Theme Song

Source: http://www.lyricsmode.com/

Gemuruh Jiwa - Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu

Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa


Menyerlah jauh dari yang biasa

Nasi Lemak Kukus

Buat hari Ahad lepas juga untuk dinner..

nasi kukus yang dah di transfer ke periuk nasi
sambal yang tersangat sedap kata hubby n mil
ikan bilis goreng
ayam goreng berempah
plus timun and telur rebus yang tak ku snap gambarnya..

Kek Gula Hangus

Buat hari ahad lepas...




nie snap dari phone kamera htc

nie pon snap dari phone kamera htc

Puri

Breakfast last saturday .. mom in law dah masak kari ikan sebelum ke kedai... aku pun menguli puri yang tak berapa nak kembang sebab sume bahan main hantam saja....



2nd version sebab yang first round dah habis..

Kaya Kopitiam

Singgah makan kat Hentian Jejantas Sungai Buloh pada Jumaat lepas...

the Kaya Kopitiam
milo ais
teh o limau kosong panas
Kopi kaya susu.. tak sedap langsung
laksa sarawak
mee udang
mee sup...
nie aje yang sempat diambil gambar sebelum di habis makan...
food rating .. overall 3 star lah out of aku bagi

Baru Beli

Budget tak ada tapi masih nak beli buku...





semua gambar adalah carian dari google..


Plain Jane, Soalnya Hati

Novel pinjam dari Hibriyah

gambar dari : rinntisan.blogspot.com


Aku suka giler citer nie..
source : kamera phone aku

Ben & TJ



geng scm.. tj + ben.. huuihh mcm tak leh berpisah budak berdua nie..
gambar di ambil masa hari sukan kelab RRM...

Wedding Dress

Kemas kemas almari usang di rumah mil... dan terkemas sekali baju kahwin benggali/indian .. yang berharga RM 700.00 .. rasa mcm tak berbaloi pakai.. dah lah dimekap dengan buruk pada hari tersebut.



Kek Coklat + Mihun Goreng Taucu + Telur Dadar Mayonis




Doa

Sumber - Harian Metro 09/07/2010

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepadaMU daripada kemalasan dan kelemahan, aku berlindung kepadaMU daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMU daripada belenggu hutang dan tekanan orang."

Doa diberi keupayaan membayar hutang

"Ya Allah cukupkanlah kepadaku dengan rezekiMU yang halal dan perkayakanlah aku dengan limpah kurniaMU daripada memintan kepada lain daripadaMu"

Pada Syurga Di Wajahmu - NASH

Tuhan sengaja menduga kita Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela Demi melihatku bahagia


Kau menahan segala siksa Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti...

Show Me The Meaning Of Being Lonely - Backstreet Boys

Show me the meaning of being lonely
So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me...

CHORUS

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze
Guilty roads to an endless love

There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart' body and soul
How can it be you're asking me to feel the things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

?????

aku meninggalkan BG dengan perasaan yang bercampur baur..
aaahhh serasa seperti mahu mengunci mulut dengan gam supaya tidak dapat berkata kata mengenai apa yang tidak aku puas hati .. (tidak ada manusia sempurnakan?)

aku yang tidak mahu lagi mencampuri urusan mereka...
Ya Allah... beri lah aku kekuatan agar tidak lagi mencampuri, mengambil tahu mengenai mereka...

aku yang tidak mahu merosakan fikiran sendiri .. aku yang tidak mahu keliru .. dah aku mahu hidup aku yang tidak mempedulikan sesiapa... aku yang tidak mahu di belenggu derita perasaan..

aku yang bernama aku... :(

Kepanasan...

Mmmmm ini baru sikit Allah nak uji.. kalau dunia memang tak ada air cond macam mana agaknya..
bila kita telah berada dalam keadaan yang senang.. ada air cond di pejabat tetiba tak ada... so mcm mcm suara yang keluar dari mulut..
apa kata kita terima seadanya sahaja dan anggaplah ia sebagai satu dari ujian dan cabaran yang diturunkan oleh Allah kepada kita hambanya yang tak pernah ada rasa bersyukur dengan apa yang ada...

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.


Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.


Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.


Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.


Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.


Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

JAWAPAN


Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.


Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-


فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام




Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)


Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.


قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ


Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)


Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.


Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.


Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-


1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.


Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.


2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.


Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.


Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.


3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.


Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.


Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.


Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.


Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.


KESIMPULAN


Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.


Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net


29 Jun 2010